Archive for September 2008
Chit Chat Nyum Nyum Versi Berbuka Puasa 2008
Salam dan hello kepada semua,
Sempena Ramadhan dan politik negara yang tak menentu ini, mari kita berbuka puasa bersama-sama! Inilah peluang untuk anda berjumpa orang-orang yang selama ini memuji, mengutuk, mengkritik mahupun mengorat anda dan penulisan anda di Kapasitor!
Tarikh: 19hb SEPTEMBER 2008
Hari: JUMAAT
Tempat: RASAMAS KL SENTRAL, KUALA LUMPUR
Masa: 5:30 PETANG
MAKANAN TIDAK DITAJA :p
Tidak ada sebarang booking akan dilakukan. Tidak perlu RSVP juga. Sesiapa yang mahu hadir, sila cam wajah cahatomic , rakan adminataupun mangifera. Beliau berdua akan berada di sana untuk memeriahkan sessi pemakanan kita. Kepada rakan-rakan yang berada jauh daripada segi geografi, kami minta maaf kerana inilah tempat yang dirasakan sesuai dan terbaik untuk semua.
Oleh itu, sila datang tepat pada masanya. Ingat! TIADA BOOKING untuk acara ini. Anda dinasihatkan untuk datang awal dan mengambil tempat. Untuk menambahkan nafsu makan dan kecur liur anda, di sini di letakkan gambar2 yang berkaitan dengan Rasamas KL Sentral
(Gambar-gambar di ambil daripada multiply.com)

(Gambar ini disedut dari http://www.ayamas.com.my/ourProducts/products_rasa.asp)
Program Chit Chat Nyum Nyum ini adalah satu aktiviti oleh Kapasitor. INGAT! Janji temu kita Jumaat ini~! YA, anda harus membelanja diri anda sendiri. Terima kasih :kohkoh
Tarikh: 19hb SEPTEMBER 2008
Hari: JUMAAT
Tempat: RASAMAS KL SENTRAL
Masa: 5:30 PETANG
MAKANAN TIDAK DITAJA :p
Amboi.. amboi.. amboi…
p/s: Dengan ini, saya mengucapkan SELAMAT BERPUASA dan SELAMAT BERBUKA PUASA kepada muslimin dan muslimat di Malaysia, Indonesia, Singapura, Brunei dan seluruh dunia. Minal aidil wal faizin
European E-inclusion Award 2008: Kapasitor Invited!
Another good news following after my presentation for MSC APICTA 2008 at MDEC yesterday. Here are snippets taken from my email today:
Shortlisted for MSC APICTA Awards 2008
Alhamdulillah,
Just a short note. Kapasitor is shortlisted for MSC APICTA Awards this year. There will be a presentation on this Thursday 11th September 2008 at Cyberjaya. Pray for our success. Amin.
Let’s pray for uculer’s health. Ucu, makan ubat cukup2!
Astronomi Jiwa, Astrologi Hati
Astronomi Jiwa, Astrologi Hati
Ah, gaduh untuk sekian kalinya,
Sebatang tulang rusuk kiriku hilang,
Mungkin tersesat ke dunia astronomi?
Mungkin meracau dipengaruh astrologi?
Stellarium menjadi mangsa,
Fabien Chereau harus dipuja,
Setiap darjah Azimuth sudah diteroka,
Nilai Meridian dan Zenith sekadar hampa.
Sembunyikah engkau?
Di belakang Orion; Sang Pemburu,
Di celah M42; Nebula Orion,
Di sebalik Barnard 33; Nebula Kepala Kuda,
Tiada.
Hanyutkah engkau?
Dibawa arus Eridanus; Sungai Po di Laut Adriatik,
Dipusing Achernar; yang berputar laju,
Ditipu Epsilon Eridani; Sang kembar Matahari,
Tiada.
Sesatkah engkau?
Puas aku membelek Hubble,
Menilik deretan dan gugusan Kuiper,
Meninjau jika terdampar engkau di sana,
Tiada.
Dalam hampa aku lesu,
SMS sakti dari bumi kanggaru,
Menjadi penawar memberi klu,
Tempat persembunyian tulang rusukku,
Kupesongkan Hubble hatiku ,
Mencari latitude +80,
Di situ! engkau di situ!
Tersangkut kemas pada Virgo,
Membawa harapan secerah Spica,
Mari, turun ke bumi!
Menjadi pelengkap rusuk kiriku,
Semoga tumbuh sebagai sayap,
Membawa kita terbang,
Dan jika engkau gayat,
Peluk erat diriku sayang,
Bersama kita membelah Celestial.