Kapasitor Balik Kampung & Iftar 2009
Yesza! sungguh seronok hari ini. Sila ke http://www.kapasitor.net/weblog/post/120 untuk komen dan cerita lanjut.
Kapasitor Balik Kampung di KTM merupakan satu sessi fotografi tertutup untuk rakan-rakan pentadbiran Kapasitor. Sessi itu telah mendapat tajaan akuss15 @ http://www.muhamadhanafi.net/myblog/. Beliau adalah seorang jurufoto perkahwinan dan lain-lain majlis rasmi mahupun tidak rasmi. Anda boleh lihat senarai tempahanbeliau untuk tahun ini dan juga pakej-pakej menarik yang sukar didapati di tempat-tempat lain.

Gambar 1: apun byk buat salah ni, cepat mintak maap!

Gambar 2: syud gemar mengorek pipi jika ada masa terluang

Gambar 3:ok, bersedia untuk balik kampung! (zinggof, jojo, ishk)

Gambar 4: (ishk, uculr, syud, safina17, jojo)

Gambar 5: apa yang sama dlm gambar ni? MULUT !!

Gambar 6: perhatikan safina17 bermuka kejam

Gambar 7: adik di dalam keretapi tidak tahu menahu lantas senyum.

Gambar 8: ucu cuba menahan keretapi tapi kelihatan takut

Gambar 9: 4 orang perempuan yang bertangan pendek (ayusherly, syud, safina17, njay)

Gambar 10: uculer: ok ayu! tukar orang plak! kasi aku duduk depan

Gambar 11: zinggof dan cahatomic keletihan kerana tertinggal keretapi

Gambar 12: jurufoto duku sedang memerikasa kelengkapan. (ayusherly, xr, akuss15, jojo, uesman)

Gambar 13: seperti biasa, menjadi sasaran lensa paparazi (xr, ayusherly, zinggof, akuss15)

Gambar 14: bergaya ala-ala boyband yang sudah pupus (syud, ayusherly, safina17, njay)

Gambar 15: ok, bergerak ke luar pula!

Gambar 16: jurufoto mengambil gambar jurufoto mengambil gambar jurufoto mengambil gambar kami
Jutaan terima kasih kepada Encik Hanafi @ Duku kerana sanggup berpeluh dan bersusah payah untuk menghadirkan diri ke sessi ini. (Nantikan cerita penuh Kapasitor Balik Kampung di KTM yang akan datang menjelang hari raya nanti insya Allah).
Kemudian, majlis bertukar tempat ke KL Sentral pula di mana di sana telah menunggu cik Dayya yang ternayata tiba paling awal.
Gambar 17: darthside4 tiba lewat ketika semua org sedang leka makan. Chaosdreamer sedang mendukung Daima aka Jack Jack
Gambar 18: paktam8 yang mirip Black Mentor bersama… hmm…
Gambar 19: chaosdreamer memangku Daima, darthside, teratak
Gambar 20: berjaya mengkantoikan syud mengorek pipi, cepat2 beliau menukar posisi
Gambar 21: melissa, njay, ezzati, cahatomic
Gambar 22: Imran sempat membawa sampple kuih raya. kek coklat yang diberitakan sedap itu habis dimakan njay
Jutaan terima kasih kepada yang hadir ke majlis Iftar iaitu dayya, melissa, teratak, paktam85 (& pasangan),kesuma (& rakan), safina17(& rakan), cahatomic (& rakan), uculer, njay, ishk (& pasangan), zinggof (& rakan),syud, chaosdreamer (& isteri & anak) dan darthside4
gambar-gambar diambil daripada:
Kapasitor Mini dalam Facebook!
Setelah berhempas pulas dan tidak tidur malam.. akhirnya telah siap cawangan Kapasitor yang satu ini. Mempersembahkan kepada anda yang 24jam berada dalam Facebook, inilah dia…
Kapasitor Mini dalam Facebook!
http://apps.facebook.com/kapasitor/
Cerita selanjutnya: http://www.kapasitor.net/weblog/post/116
Temu Bual Aku dalam Majalah Tunas Cipta Mei 2009
Telefon aku menjerit ketika aku sedang mengemudi kenderaan beroda empat berkuasa 1000cc aku menuju ke Shah Alam. Sebagai seorang jejaka yang tidak menghiraukan keselamatan poket (manalah tahu jika ada polis sedang memerhati), terus aku melihat siapa di hujung talian.
Ayah.
Ok, bukan private number. Ingatkan orang mintak hutang.
Tet!
“Halo anakku sayang!”
“Ya, ayahandaku manja!”
“Anakanda pulang tak malam ni?”
“Tidak ayahanda, anakanda ada urusan duniawi untuk dilangsaikan. Gerangan apa?”
“Ohh.. tidak mengapalah. Ni, ayahanda nak ingatkan. Anakanda dapat jemputan ke Dewan Bahasa ni. Balik la ambil kad undangan ya?”
Dewan Bahasa hantar kad undangan? Wow!
“Ok ayahanda! Akan diusahakan!”
“Baiklah, cau cin cau..!”
(Perbualan di atas terpaksa dipesong untuk tujuan tertentu. Tiada hidupan yang terbunuh ketika pesongan diadakan)
Maka, keesokkan harinya aku pulang ke rumah. Benar, terdapat envalope besar di atas meja tertulis nama aku. Aku buka kad undangan yang terdapat di dalamnya. Oh, jemputan ke Majlis Pelancaran Wajah Baharu Majalah Terbitan DBP bertempat di PWTC pada hari Rabu 22hb April. Mohon RSVP segera.
Baiklah!
Berserta itu, terdapat juga majalah Tunas Cipta keluaran Mei 2009 dan sehelai lagi surat rasmi bertajuk “PENGHARGAAN SEBAGAI PENYUMBANG MAJALAH TUNAS CIPTA”. Eh, berdasarkan 2 karya aku yang lepas (Sajak Cinta Kimia dan Sedikit Biologi sertaCerpen Indera Panji Dilanggar Todak), aku sekadar menerima cek apabila karya aku disiarkan di majalah Tunas Cipta. Tapi kali ini berbeza sedikit.
Aku menyumbang apa?
Aku selak majalah Tunas Cipta itu sehelai demi sehelai sampai aku berhenti dengan agak lama di halaman 6. Kemudian aku tersenyum sendirian.
Talentime atau Tale n Time?
Kalau anda rasa cerita ini tentang Talentime sekolah, maka anda tersilap. Ini adalah filem yang bercerita tentang konflik antara agama, konflik antara percintaan orang normal dan pekak & bisu, konflik persaingan pelajaran, konflik kasih sayang, konflik antara kaum dan pelbagai konflik lagi.
Kita tahu rata-rata filem Yasmin pasti akan mengundang kontroversi. Talentime adalah tidak terkecuali. Dan seperti biasa, filem-filem yang padat berisi dengan isu berat selalunya tidak mendapat tempat di hati kita. Ok, antara yang mungkin mengundang kontroversi adalah isu tidak hormat lagu kebangsaan pada bahagian awal filem ini.

Ini Mahesh yang wajar dipukul kerana pandai berlakon :p

Ini Hafiz yang bermulut ganjil semasa audition :p
Talentime juga seperti satu filem muzikal yang tidak ada tari menari seperti High School Musical mahupun Hairspray. Namun begitu, filem ini juga mendengarkan suara keramat Aizat dan Atilia. Hafiz dengan gitar di pentas bersuara Aizat. Melur bermain piano bersuara Atilia. Oh, tak lupa juga lagu nyanyian Rahat Fateh Ali Khan bertajuk Oh Re Piya. Ada sesiapa di sini yang tahu mana nak beli OST Talentime ?
Cuma, filem ini tidak ada penamat. Kalau ada pun penamatnya, maka saya tidak faham. Cerita ini berakhir selepas Hafiz dan Kahoe menyampaikan lagu mereka di pentas bersama-sama. Tidak ada pemenang untuk talentime ini. Kononnya ada 7 org finalists, tapi yang ditonjolkan cuma 3 orang sahaja. Tidak mengapa, ini filem Yasmin. Adalah sebab beliau untuk menamatkan filem itu sebegitu.
[Versi selamba]
1. Gile weh, Jaq berlakon tu! Tak de langsung scene dia menyanyi. Kali ni kasi dia chance berlakon lak. Tapi, macam tak mencabar sangat watak dia dalam Talentime ni.
2. (Melur) Pamela Chong berlakon aku rasa tak best. Nampak macam hot tapi hmmm… aku rasa tak best.
3. (Hafiz) Syafie adalah bakat. Masa dia nyanyi untuk audition talentime tu, mulut dia aku benci tengok
. Menyesal tak salam + amek gambar dengan dia masa dia datang opis itu hari.
4. (Mahesh) Mahesh adalah lucu. Ekspresi muka dengan watak adalah sangat tepat. Ya, aku nak pukul ko jugak sebab ko pakai baju purple berkerawang yang sangat cantik.
5. Aizat & Atilia: Korang suara mantap! Aku nak beli OST Talentime! (Dah ulang 2 kali dah)
6. Harith Iskandar dan keluarga: Agak ganjil dan sofistikated. Tapi tak pe, dalam Sepet dah ada scene Harith Iskandar kejar bini dia dalam rumah pakai spender aje
7. Aku perasan penggunaan kenderaan-kenderaan yang aku rasa antik antaranya adalah bas sekolah yang berbentuk van tapi ganjil dan kereta cikgu warna merah yang berbentuk ganjil juga. Tak de company nak sponsor kenderaan ke? Kenapa tak nak partner dengan Proton gune kereta BLM?
8. Ok, audience masa tengok movie ni adalah ganjil juga. Diorang selalu gelak. Scene sedih pon diorang gelak. Ke aku yang bodoh tak paham scene?
9. Azean Irdawatie berlakon sebagai Embun, seorang pesakit kanser. Mak aih, real gile berlakon! Juga patut disembah!
7 Sebab Kenapa Majlis Ulang Tahun ke-4 Kapasitor Berjaya Dilaksanakan
Alhamdulillah, semua dah selesai. Sorry lambat update pasal Majlis Ulang Tahun ke-4 Kapasitor. Tadi aku balik dan sampai aje kat rumah terus nampak beberapa post di Komuniti tentang majlis yang berlangsung. Syawal pon dah tunjuk sneak peek gambar-gambar sepanjang majlis tu. So, aku rasa terpanggil untuk berkongsi dengan korang semua kenapa majlis itu berjaya dilaksanakan.
1. Abg Shamsul (Upenyu)
Mungkin tak de siapa yang tau, tapi inilah manusia yang bersungguh-sungguh mahu menjadikan majlis ini dijayakan. Adeyl juga bersama beliau pada awalnya. Kalau bukan kerana Abg Shamsul, pasti majlis ulang tahun Kapasitor ke-4 tidak akan berlaku dengan sebegitu dan sebegini. Ayuh! Mari ramai-ramai jerit di shoutbox my.Kapasitor Abg Shamsul dan katakan: “Saya sayang Abang Shamsul! Terima kasih kerana berkorban untuk Kapasitor!”
2. Kesesuaian Tempat, Annexe roks!
2 galeri yang digunakan semasa majlis itu sebenarnya telah awal-awal lagi dibatalkan menjadi 1 galeri saja kerana terbatas dari sudut kewangan. Tetapi, budiman benar pengurusan Annexe, mereka dengan selamba dan kacaknya telah sponsor satu galleri kepada Kapasitor supaya tidak sesak. Maka, dapat 2 galleri. Thanks Pang dan Jerome. Annexe Gallery roks!
3. Kehebatan Mini-Studio Syawal dan Ossan
Korang dan team korang adalah 9th Wonder of the World. Korang dengan selamba badaknya telah setup satu mini studio kat event Kapasitor. Geduak btul! Tapi, next event Kapasitor aku akan pastikan korang bukak mini-studio lagi. Korang best gile!! Happening, hensem-hensem dan jelita-jelita, gagah perkasa dan kreatif. Perlu pujian lagi ke? Wow!
4. 2 Workshop yang informatif, Serunaifaqir dan Epri adalah super kool!
Tahukah anda Serunaifaqir memang gemar bercakap? Itu dibuktikan semasa workshop pertama beliau yang bertajuk “Panduan Penulisan dan Penghantaran Karya”. Aku terpaksa jeling Ucu 6 kali semata-mata nak suruh Serunaifaqir berhenti bercakap. Hebat Khairul!
Kehadiran Epri telah menarik encik Khalid Salleh datang mencemar duli. Dan lebih menarik, workshop “terapung” pada sessi Serunaifaqir telah dipindahkan ke bawah atas nasihat pengelola workshop. Epri benar-benar mencurah ilmunya pada yang hadir. Terima kasih!
5. Persembahan yang meremang segala jenis bulu di badan
Zuraidah, Ahnep, Lya, Syud, Andrea (pengacara gua.com.my), Acan, Black Coffee Honey, Gemala Kasturi, the Bagpiperz, Epri dan Gadis Upenyu (macam Gadis Harimau Kumbang dalam komik) telah membuatkan bulu tengkuk, bulu rom, bulu lengan, buluh betong dan bulu err.. err.. kami tegak kerana terlalu hebat! Sapa ada amek video time persembahan tu? Upload ke youtube please!
6. Pameran yang simple tapi super
Mounting board potong senget? Itulah yang membuatkan pameran Kapasitor lain daripada yang lain malah lebih hangat daripada yang biasa! Pameran lain pasti tidak ada mounting board yang senget. Bersyukurlah, kerana dalam majlis ulang tahun ke-4 Kapasitor ini sajalah anda dapat melihat mounting board senget dan 60 puisi terhebat daripada 3 bahasa berserta 24 hasil seni lukis dan fotografi yang terulung. Ya, tidak termasuk video Zinggof di projektor belakang :p
7. Pasukan penganjur yang komited!
Diorang sanggup curi masa kerja semata-mata nak siapkan stage. Diorang sanggup bazirkan masa cuti semata-mata nak potong mounting board. Diorang sanggup tak golek-golek kat katil sambil tengok tv malam-malam semata-mata nak datang meeting. Kalo diorang tak de, majlis ulang tahun ke-4 Kapasitor ni mungkin dapat disambut di kedai mamak aje dan dihiburkan oleh pelayan kedai mamak itu. Mesti korang tak nak btul tak?
Jadi, mari berterima kasih pada Team Kapasitor (admin dan moderator), upenyu, pej41, darthside4, aniegma, putri_alya, ahnep, syud, enarif, laways, ossan, ayusherly, akina, akusegan, nutsdecoco, loca, demityuh, greyorked, fadly (ada nama yg aku lupa ke? tolong taruk kat komen yer. Dah pukul 3 pagi aku tulis ni, otak dh tepu) dan teristimewa kepada njay sayang yang berada teguh di sisi walaupon demam tak kebah-kebah sampai ke hari ini. Juga terima kasih kepada orang-orang yang menderma kepada Kapasitor. Aku tak rasa aku patut announce nama korang tapi Allah tahu siapa korang. Allahlah yang balas setiap sen yang korang dermakan. Ida shazmiey, sorry tak dapat nak buat masa cuti sekolah itu hari. Next time insya Allah pasti ada lagi.
Jadi, aku ingin memohon maaf kalo ada terlebih dan terkurang. Ini adalah kali pertama Kapasitor organize majlis besar macam ni harap korang boleh maafkan keterlanjuran kami. Kalo ada sesiapa yang berkecil hati dan tak puas hati, mesej aku terus just in case kalo korang malu nak jerit kat shoutbox my.Kapasitor aku.
Aku sayang korang! Muah!
Untuk melihat gambar-gambar kemeriahan majlis ulang tahun ini, jemput klik ke pautan-pautan di bawah. Juga disertakan video ulang tahun yang diambil dari Gua.com.my
1. Gambar: http://www.kapasitor.net/community/post/2341
2. Gambar: http://www.kapasitor.net/community/post/2336
3. Gambar: http://www.kapasitor.net/community/post/2327
4. Gambar: http://www.kapasitor.net/community/post/2346
5. Gambar: http://www.kapasitor.net/community/post/2310
6. Gambar: http://www.kapasitor.net/community/post/2318
7. Video: http://www.kapasitor.net/community/post/2343 atau http://www.gua.com.my/Video/VideoDetails.aspx?VideoID=1560
Majlis Ulang Tahun Kapasitor ke-4 @ 31 Januari 09
Mempunyai masa lapang pada hujung bulan Januari ini? Apa kata datang ke majlis ulangtahun Kapasitor ke-4 pada:
Tarikh: 31 Januari 2009
Hari: Sabtu
Tempat: Annexe Central Market
Masa: 10pagi – 6petang
Masuk: PERCUMA
Pelbagai acara menarik seperti bengkel penulisan daripada Serunaifaqir (pemenang Hadiah Sastera Kumpulan Utusan – Exxon Mobil 2006-2007) dan Epri Tsaqib (penulis “Ruang Lengang” dari Indonesia).
Juga, terdapat pameran lukisan, puisi-puisi kreatif dalam Bahasa Melayu, English dan Bahasa Indonesia, persembahan puisi akustik, deklamasi sajak, persembahan muzik kebudayaan dari Kumpulan Gendang Gemala Kasturi dan The Bagpiperz dan banyak lagi.Kepada yang berminat untuk menceburkan diri dalam dunia penulisan diharap dapat mengambil kesempatan dengan menghadirkan diri dalam majlis ini.
Untuk maklumat lanjut, sila ke http://www.kapasitor.net/klik/ulangtahun/ atauhttp://www.kapasitor.net/
Ratnadewi
sementara menanti subuh;
selak itu,
belek ini,
selongkar sana,
geledah sini,
Sebenarnya aku sendiri tidak tahu apa yang aku cari walaupun segala pancaindera ini dikerah mencari sesuatu yang tidak hilang.
sementara embun belum menitis;
menjengah ke laman politik,
melawat ke blog kawan,
gelintar manual pengaturcaraan,
mendengar lagu terbaru,
Sebenarnya itu adalah kebiasaan yang aku lakukan pada ketika aku bangun dari tidur dan tidak sepatutnya dilakukan pada lewat pagi ini.
ayam masih belum berkokok;
sebaris demi sebaris ayat,
keluar dari otak yang tepu,
sepatah demi sepatah kata,
disusun tanpa banyak tapisan.
Padahal aku boleh saja melabuhkan tirai malam dengan penuh nikmat dengan tidur hingga ke tengah hari.
Mencari yang tidak hilang,
Lakukan sesuatu di luar norma,
Menulis yang terbuku di hati,
Untuk semua yang aku lakukan,
Ratnadewi,
mengapa engkau menjadi jawapan?
Majlis Ulangtahun Kapasitor ke-4: Perjumpaan Pertama
Assalamualaikum,
Seperti yang telah diwar-warkan sebelum ini, maka dengan ini saya dengan perasaan rendah hati ingin memanggil semua orang yang mahu melibatkan diri dalam majlis bersejarah ini untuk perjumpaan kali pertama. Sila rujuk perincian yang tertera di bawah:
Tempat: Rasta Taman Tun Dr. Ismail (Rasta baru sebelah Penchala Link)
Masa: 9:00 – 12:00 malam
Tarikh: 13 November 2009 / Khamis
Person in charge: Johari Rahmad (jojo) +016 2315025
Sila rujuk pelan lokasi jika anda tidak pasti di mana Rasta Taman Tun
(http://www.foodpoi.com/2008/08/azims-burger-shack-at-rasta-food-court-taman-tun-dr-ismail/)
Kepada yang berminat untuk mengelola majlis ini, saya minta anda semua dapat hadir ke sessi perjumpaan pertama ini. Kelak, anda akan dapat berkenalan dengan lebih dekat dengan ahli-ahli semua di samping akan diterangkan tentang apa yang bakal dirancang. Jangan lupa, sila bawa kertas dan pen bersama-sama anda untuk mencatat. Jika anda sudah berkeluarga, saya minta maaf kerana mengadakan mesyuarat ini pada malam Jumaat. Harap tidak mengganggu sebarang proses menambah khalifah di muka bumi :p
Jumpa anda di sana.. di sana.. di saaaanaaaa….
Majlis Ulangtahun Kapasitor ke-4
Assalamualaikum dan heya semua,
Sempena dengan ulangtahun ke 4 penubuhan Kapasitor yang bakal menjelang pada 31 Januari 2009, kami bercadang untuk mengadakan satu majlis khas dan ingin menjemput anda semua. Antara yang akan dilakukan ketika majlis bersejarah itu nanti adalah:
1) Sessi deklamasi puisi terbuka kepada ahli Kapasitor (WAH!)
2) Pameran lukisan dan fotografi
3) Undangan khas penulis dari Malaysia dan Indonesia (Insya Allah)
4) Gerai jualan
5) Penganugerahan ahli dan karya paling popular dalam Kapasitor (And the oscar goes to..)
Untuk menjayakan majlis ini, kami memerlukan beberapa orang secara sukarelauntuk menjalankan dan membantu menganjurkan majlis ini. Terbuka kepada semua namun lebih molek jika anda berada di sekitar Lembah Klang supaya kita senang berbincang dan bermesyuarat kelak.
Buat masa ini, kami sedang berbincang untuk pemilihan tempat, promosi dan perbelanjaan.
Untuk pemilihan tempat, beberapa tempat yang berada dalam benak kami adalah Annexe Central Market, Akademi Seni Kebangsaan atau Rumah Gapena.
Dalam soal perbelanjaan, kami memerlukan sumbangan untuk kos sewa tempat, kos penganjuran dan bayaran kepada penulis dari Malaysia dan Indonesia tersebut.
Dari segi promosi, saya minta kita semua terlibat dalam penganjuran majlis ini kelak.
Saya minta, jika ada sesiapa yang berminat untuk bersama-sama saya menganjurkan majlis ini nanti, boleh menghubungi saya (jojo) dengan kadar segera. PM dan shoutbox saya sentiasa terbuka untuk anda. Bagi tujuan sumbangan pula, saya akan mengumumkan derma kilat kelak insya Allah.
Ayuh! Mari kita lakukan sesuatu untuk kebaikan masa depan generasi kita insya Allah.




